Thursday, May 7, 2009

Perlu ke cukur bulu muka sblm make up?

Masa mula2 diminta make-up Maria, Ronald bg tahu aku untuk dtg bawa diri aje.. baju termasuk barang2 make up pakai dia punya.. aku x setuju, berkeras nak bawa brg2 make up sendiri.. otw ke hotel tempat pengantin ber'kampung', aku diberitahu oleh Roland, Maria tumbuh jerawat. Dia risau sgt. Bagi aku tu perkara biasa. Tapi lps aku melangkah masuk ke bilik hotel, terkejut sungguh bila lihat muka Maria.. tgk je la muka dia..bukan aje merah tapi dgn melecet sekali.. aku terdiam kejap berfikir step & brg make up apa yg aku perlu guna..
Aku ambil masa hampir 45 min utk buat base & ratakan foundation. Semuanya kena buat dgn perlahan & penuh hati2. Maria dah risau, mula pikir x nak bersanding!

Hampir 2 jam, selesai tugas aku. Roland dtg dan terkejut melihat hasilnya. Dia x percaya betul tgk muka Maria sebelum make up. Sbb katanya, minggu sebelumnya di Kelantan, muka Maria x mcm tu... uishhh.. mmg scary.

Masa make up, Maria beritahu aku yg mak andamnya dia Kelantan cukur satu muka.. lps tu dilihatnya mak andam tu pakai make up yg murah. Roland pun mencelah.. mmg betul. aku nak sound dia mmg make up kg pun x sampai hati, takut ko sedey. aku diam je ler.. ko dah nak nikah. ekeke.. Roland ketawa sambil Maria menjeling padanya.

Bagi aku kalau seseorang tak bersedia nak menjadi juru make-up pengantin, baik jgn, niaya org jer. Pengantin bukan medan percubaan. Sebaliknya practice la sebanyak mungkin, make up kakak, makcik, jiran atau kawan2 ker :) sampai betul2 confident, baru 'turun padang'.

Punca muka Maria jadi mcm tu bagi aku bukan sbb cukur semata2, tapi bila dah cukur & kulit nipis/luka, diambah plak produk2 make up yg kurang sesuai.. ini lah hasilnya.. berbaloikah?

Sekiranya mak andam offer cukur seluruh muka atas sbb make up akan lebih lekat, baik tolak dari 'seksa' kemudian.. lebih2 lagi kalau majlis anda bukan berakhir hari itu saje.. sbb perlu diingat x semua org mempunyai jenis kulit yg sama, kalau sensitif boleh menjadi lebih teruk.

~ sharing is caring ~

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket

No comments:

Post a Comment