Friday, November 4, 2016

PROMOSI NOVEMBER 2016


PROMOSI NOVEMBER 2016

KINI DISKAUN RM1000!
PERCUMA BUSANA BARU UNTUK SETIAP TEMPAHAN PAKEJ LENGKAP KATERING

Salam semua :) Actually kami dah buka offer ni since October di FB & IG tapi di blog tak sempat nak update.. huhu maaf ya mmg jarang2 juga buka blog skrg atas faktor masa.. insyaAllah kami cuba rajin2 skit heheh.. kami harap korg semua follow update2 terbaru kami di FB Butik Pengantin Lestari dan Instagram Scha Annisa ya :) untuk sebarang pertanyaan dan reply segera tlg hubungi Ziana 0163016667.

Nak cerita skit psl promosi ni, pakej dibawah ni termasuk katering, pelamin, busana dan makeup. PERCUMA kek pengantin dan bunga tangan fresh flower. 

Apa yg menarik? Pertama.. pastilah makanan yg mmg sedap ramai dah puji (seyes la tak puji diri sendiri mmg sedap tau.. ramai yg repeat balik dgn kami utk kenduri mereka yg seterusnya).. ok Kedua adalah harga yg berpatutan dan setanding dgn apa yg kami beri.. customer boleh pilih mana2 saja koleksi baju di butik kami.. Makeup by professional Ziana Lestary (sapa yg booking paling awal ya InsyaAllah Ziana yg makeupkan) Ketiga.. kualiti servis dijamin.. katerer dan pelayan2 yg berpengalaman akan memastikan majlis lancar InsyaAllah. 

Plus plus.. lagi best sbb skrg kami bagi diskaun lagi RM1000 utk pakej 2 (1000 pax). Bagi yg berminat untuk buat baju baru kami uruskan untuk anda.. pilih antara dua offer ini mmg sgt2 berbaloi. Ramai yg pilih untuk buat busana baru especially yg plus size ;) bg yg pilih busana sedia ada kami bagi diskaun rm1000. 

Ok kami nak buka 3 lagi slot utk pakej ni, hanya 3 yg terawal buat tempahan bln Nov ini tau so cepat2 ok.. 

Untuk tempahan dan temujanji boleh hubungi Ziana 0163016667/03-87330916 (Butik) 

Terima Kasih =)


Wednesday, September 21, 2016

Wedding Izzati & Izzat Dewan AADK Sg Merab

Izzati & Izzat
Dewan Seri Akasia Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Sg Merab, Kajang.

Pakej Katering Lengkap dari Lestary Wedding & Events
Pelamin Butik Pengantin Lestari, Kajang.
Makeup by Ziana Lestary

Untuk pertanyaan & tempahan pakej sila Whatsapp;
0163016667
0163016667
0163016667

Love,
ZianaLestary










Wedding Zira & Zul

Wedding Zira & Zul Dewan MBSA Seksyen 28 Shah Alam, Selangor.
Pelamin & Busana Butik Pengantin Lestari
Makeup by Ziana Lestary
*Promosi Makeup 1 sesi RM500 hanya RM350 masih berlangsung. Sila hubungi untuk maklumat lanjut. 

Untuk pertanyaan dan tempahan sila whatsapp;
0163016667
0163016667
0163016667

Terima kasih Zira & Zul. Semoga kalian berdua kekal bahagia ke jannah. Amin.. 

Sila Follow kami di Instagram >>> Scha.Annisa
Like Facebook Page >>> Butik Pengantin Lestari

Love,
ZianaLestary




Tuesday, August 30, 2016

MERDEKA SALE! 29 Ogos - 4 Sept 2016


Salam.. hye semua bakal2 pengantin yg akan melangsungkan majlis sehingga hujung tahun 2016 ini ada promosi diskaun untuk semua.. harga gila2 murah ni.. yaaa tak pernah serendah ni.. kalau korg cari makeup/pelamin/baju/pakej bajet boleh la dtg survey ke Butik Pengantin Lestari.. harga special untuk walk-in customer sahaja tau.. kalau call/msg tanya kita bagitahu harga standard je la, harga kasih sayang kita bagi kat butik je ya.. untuk respons segera sila tel/whatsapp 0163016667. 

Ada yg nak dtg survey 31 Ogos ni? Kita buka mengikut temujanji.. sila inform dulu k :)

Booking dibuka sekarang hingga 4 September.
Slot 2016 sgt terhad, hubungi kami untuk maklumat lanjut. 

016-3016667 (Ziana)
03-87330916 (Butik)

Follow Ig kami ~ Scha.Annisa
Like Facebook ~ Butik Pengantin Lestari

XOXO
Ziana

Sunday, August 14, 2016

Makeup Nikah Syamimi 13.8.2016


Majlis Pernikahan Syamimi di Kg Malaysia Tambahan, Sg. Besi. Alhamdulillah jumpa lagi untuk makeup nikah dan sanding nanti InsyaAllah 28 Ogos. Berbeza skit dgn makeup tunang dulu, pengantin request makeup look ni.. mcm makeup Alha Alfa katanya.. heheheh.. akak lom sempat gi menuntut dgn Alha dik ;) ikut yg sedap mata memandang je la.. coz she's still young so makeup have to look fresh, pinkish and sweet mcm orgnya =)  not too much dark shades but yes extra highlight.. hope u like it dear ;) 

Pelamin by Butik Pengantin Lestari

Makeup for any events pls ctc me at 0163016667.

Love,
Ziana










Makeup Sanding Aisyah 13.8.2016


Makeup di Dewan Pusat Komuniti Manjalara Kepong. Thanks Aisyah for having me.. thanks juga pada pengantin yg bg ctc number Ziana pada Aisyah.. tak sure la siapa tapi pengantin yg Ziana makeupkan dulu tu majlis di MAEPS Serdang.. tq so much to both of you :)

Antara produk yg Ziana gunakan utk makeup Aisyah..
Foundation: Nars+MAC
Contouring: Bobbi Brown
Blusher & Highlight: Becca
Eyeshadow: Makeup Geek + Shu Uemura
Lipstick: MAC + Fame Fuschia

Makeup for any events kindly contact 0163016667 (Ziana)

Follow Instagram Scha.Annisa
Like FB Butik Pengantin Lestari

XOXO =)
Ziana


FREE MAKEUP DEMO CLASS 7.8.2016


Hye Assalamualikum! Last week kita bersama 7 org yg hadir ke kelas free demo makeup by Ziana Lestary.. Alhamdulillah niat kita nak share ilmu yg ada.. dgn harapan dpt mereka praktikkan pada wajah sendiri. Pada kelas ni Ziana demo pada seorang peserta sahaja. Selesai demo semua peserta berpeluang praktis buat kening sendiri.. sebelah shj kita tunjuk sbb panduan heheh.. kening mmg perlukan masa utk mahir tp kalau kita tahu tekniknya akan jadi sgt mudah :) 

Sesiapa yg berminat utk belajar secara personal boleh terus contact Ziana 0163016667.
Tarikh kelas bergantung pada jadual Ziana yg free ya. Seorang student je pun kita boleh proceed samaada di butik ataupun ditempat anda ;) 
Ziana akan ajar from basic dan lepas habis demo makeup, student boleh praktis makeup di wajah sendiri. Kita tunjukkan teknik makeup yg sesuai utk ke pejabat/santai/dinner. Barang makeup disediakan. 





Kening natural look.. not korean style =)  


Thursday, August 11, 2016

Kes Penipuan Katerer /Catering Service


PANAS!! JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN CATERING / WEDDING PLANNER!



Baca selanjutnya di http://www.ohmedia.my/2016/08/perkahwinan-dibatalkan-kerana-catering.html


Kesian.. mmg tak patut.. Bila terbaca kisah ni saya teringat pula beberapa kisah sebelum ni yg saya baca di online dan juga cerita pengalaman pelanggan saya.. saya juga turut menjadi mangsa penipuan satu caterer ni (En. Azrin dari Foods Gallery) sudah hampir 2 tahun dia hutang saya rm3000++. Semuanya kerana sifat tamak dan ghairah nak mula berniaga. Saya niat nak bantu.. lagipun kawan sekolah lama yg kenalkan..confident la skit..  dia sub pelamin, baju dan makeup pada saya sbb dia hanya katerer.. tapi full pakej termasuk katering, pelamin, baju, makeup, fotografer rm12000 saje utk 1000 pax! Woww.. murahkan? Kemudian salahkan pengantin pakej dah bagi murah.. bersyukur ada majlis.. pengantin merungut sbb dah berbulan2 tunggu album tak siap.. dgn fotografer pun dia tak bayar sesen.. mcm mana nk dpt album.. padahal payment dah bayar habis.. isu sampai ke tribunal. hmm.. byk cerita tapi saya taknak ingat lagi.. menyakitkan hati.. Nasib saya sbb dia bagi cek tendang.. Pengantin selalu tanya saya dah dpt payment ke sbb dorg pun kesian saya buat kerja FREE.. Saya follow up minta payment berkali2.. dari mak saya hidup sampai la mak dah meninggal.. hutang saya masih belum dibayar.. mcm2 alasan.. masalah dgn wife2 la.. accident la.. warded la.. pendekkan cerita saya ckp terus terang saya mmg tak halalkan.. tapi dia tak takut balasan Allah.. takpelah.. sejauh mana nak mendongak langit.. inikan Bumi Allah.. saya tuntut akhirat kelak..

Itu kisah saya.. kisah pengantin ditipu wedding planner/katering selalu juga saya dengar.. hampir 7 tahun saya menjalankan bisnes butik pengantin ni.. kebanyakan kes mereka lesapkan duit deposit.. off hp pada hari majlis.. apa yg diberi tak seperti dijanjikan.. bila saya teliti balik cerita2 ni saya rasa kebanyakannya meletakkan harga yg MURAH utk menarik perhatian pelanggan.. JANJI MANIS SEMUA BOLEH BAGI.. sampai masa semua takde, duit pakej pun lesap konon tak lepas modal katering!? Mcm mana berniaga kalau harga main letak suka2.. atau taktik SENGAJA nak menipu pelanggan?

Berniaga semua nak untung.. tak byk pun lepas kos dan penat lelah jadilah.. mmg kerja uruskan majlis perkahwinan ni byk cabarannya terutamanya full pakej katering.. kadang2 kesilapan/masalah SIARAN LANGSUNG tu tak kita duga2.. dari pihak kita ataupun org lain yg kita pertanggungjawabkan.. walaupun sebaik mungkin yg kita cuba tapi kadang2 ada je "DUGAAN" yg tak sangka2 berlalu.. tanpa niat.. bagi saya itu rezeki masing2.. sbb tu sblm majlis saya tak putus2 berdoa semoga majlis tu berjalan lancar tanpa masalah.. tapi apapun.. semua atas IzinNya..

Apa yg saya perhatikan skrg trend berlumba2 meletakkan harga terlalu murah utk menarik perhatian pelanggan.. itu tak salah.. cara masing2 tapi biarlah berpatutan dan masuk akal. Sering kali pelanggan membandingkan harga pakej kami dgn butik2/katerer lain yg jauh lebih murah.. siapalah saya nak condemn atau comment org lain.. saya tak kenal mereka.. saya tak tahu hasil kerja mereka.. bg saya sgt tidak professional dan tak adil untuk pelanggan membandingkan harga kerana kualiti dan apa yg disampaikan TIDAK SAMA.. iyaaa ada makanan lauk sama.. tapi RASA? belum tentu.. ada pelamin, baju dll tapi PERSEMBAHANNYA tak sama.. mungkin setakat JANJI ADA? Wallahualam.. ada sebab disebalik setiap harga yg diletakkan.

Adalah baiknya pelanggan sendiri meneliti dan membuat sedikit research mengenai planner tersebut.. FAHAM apa yg diberi.. Jgn terlalu TAKSUB dgn HARGA nanti MAKAN DIRI.. last minute tak cukup modal jadi terus lesap! kalau jadi pun setakat ala kadar sahaja.. end up Tak Puas Hati.. tapi dah terlambat sbb semuanya dah berlalu.. Saya buat ikut termampu.. diskaun biar masuk akal.. kalau pelanggan membandingkan harga, saya RELAKAN dia buat pilihan sendiri.. tiada paksaan utk memilih.. Selera masing2 kan.. Poket pun masing2.. yg murah juga tak semestinya tak bagus.. selidik dulu ya.. Doa byk2 biar jumpa dgn yg baik2 sahaja dan semua berjalan lancar.. Kita usahakan sehabis baik agar kedua pihak berpuas hati.. InsyaAllah..

XOXO
Ziana Lestary
Ogos 2016


Baru! Pakej Lengkap Katering

Pakej Lengkap Katering 1000 Pax 



Tempahan dibuka untuk Majlis 2017. Minimum 1000 Pax. Untuk pertanyaan sila hubungi kami.
Tel: 016-3016667 (Ziana) / 03-87330916 (Butik)

Friday, August 5, 2016

FREE MAKEUP WORKSHOP 7.8.2016


Salam sayang semua.. pada yg terlepas class bln puasa hari tu.. Free Makeup Workshop akan diadakan lagi pada:
7 Ogos 2016 (Ahad)
10.30am - 1.30pm di Butik Pengantin Lestari Kajang.

Pada yg nak join tlg whatsapp Ziana ya. Harap maklum ini bukan personal makeup class.. tiada sesi practical hanya demo makeup diikuti dgn sesi Q&A, yg penting lps class kita harap semua dah berani utk makeup diri sendiri dan tahu produk apa yg patut ada dan cara nak pakai.. itu matlamat Ziana adakan kelas ni.. Insya Allah. 

Sekiranya berminat utk belajar secara personal dgn Ziana boleh msg ya 0163016667.

Untuk perkembangan terkini kami sila..
Like FB Butik Pengantin Lestari 
Follow Instagram Scha.Annisa 


Thursday, April 28, 2016

Pelamin Nikah Fazlinda


Pelamin Rumah tema rose merah ni nampak simple tp elegent dihiasi deco crystal dan lilin.. kita buat pelamin konsep cantik dan mampu milik yer :) skrg ekonomi gawat, customer jangan segan2 untuk share berapa bajet utk pelamin.. boleh custom design.. jangan la bajet rm500 tapi nak mcm pelamin 2000 aduhhaii =)

Pelamin ni sesuai untuk majlis nikah & sanding.. sbb merah hati sesuai dgn semangat org nak menikah kuikui :P untuk majlis bertunang pilihan warna bunga yg sweet & soft lebih sesuai. Untuk tempahan boleh hubungi 0163016667 Ziana. 


Makeup & Pelamin Exclusive by Scha.Annisa










Tuesday, April 26, 2016

Syida & Syafiq


Tugas kali ni agak mencabar skit... sbb kena sampai awal2 pagi utk makeup nikah seterusnya makeup sanding.. sementara nikah makeup flower gal :P tapi enjoy je kesini sbb dpt jumpa dgn customer lama yang recommend kan Ziana makeup utk sepupunya ni.. sweet orgnya :)

Okeh.. note to remember.. masa nikah base Ziana pakaikan Primer MAC dulu then apply skit MAC Strobe Cream pastu baru apply foundation.. tak pakai primer Laura Mercier fav kali ni..step baru la ni lps pegi kelas makeup artist.. padahal dah bertahun stop pakai strobe cream... kenapa?? sbb mengikut pengalaman hampir 10 tahun makeup ni kan.. untuk bridal makeup especially time siang panas terik hancus leleh makeup.. nak pulak tu yg kulit bermasalah dan berminyak.. awal2 pakai mmg nampak cantik glowing.. so hati2 la nak apply strobe cream tgk pada keadaannya.. 

Lepas majlis nikah, cuci semua makeup dan start from basic,,, ikut cara sendiri yg kita biasa praktikkan.. sambil makeup laju2 huhu.. kita share kat sini...

Sekiranya pengantin aktif bergerak sblm kita makeup,.. minta dia SAPU AIS BATU ke seluruh wajah terlebih dahulu.. ini sangat membantu untuk muka nampak fresh, makeup lebih senang lekat dan tahan lama. Pengantin2 cuba buat ya.. 

Primer - Laura Mercier foundation primer sgt recommended!
Lps primer terus blend cream foundation dgn concealer T Zone ya.. teknik blend kena betul supaya base kekal. Saya elak guna brush lama2 sebaliknya blend menggunakan span beauty blender. 
Apply MAC Mineralised Powder ke seluruh muka utk lock kan base tadi dan seterusnya apply loose powder yg lebih terang di T Zone sebelum apply eyeshadow..  dah start makeup mata pulak.

Kulit yg sensitif/berminyak/kombinasi elakkan layer foundation terlalu tebal.. tapi blend betul2 supaya foundation tu masuk dan mesra dgn kulit.. heheheh faham ke dak tu =) 

Ok la just sharing experience kita, masing2 ada cara sendiri.. kalau masa kelas biasanya Ziana akan ajar cara apply foundation dan blend nampak bersih dan kemas.. kat sini leh celoteh je la.. hehe =)

Untuk sebarang pertanyaan/ berminat utk booking makeup jgn lah segan2 ctc ya 0163016667.

Follow my Instagram & Twitter ~ Scha.Annisa 

Luv,
Ziana


Wedding Syida & Syafiq
Pelamin & Busana Syida dari Butik Pengantin Lestari
Villa Makmur Dutamas