Monday, June 1, 2009

Majlis Pernikahan & Persandingan Mimie & Wan ~ 30 & 31 May 2009

Meriah.. itu yg dpt kugambarkan majlis perkahwinan Mimie & Wan minggu lepas. Yang paling best tetamu diberi labu sayung, wajid, bahulu, dan telur asin! Inilah pengalaman pertama aku menemani kwn2 memasang pelamin sampai pkl 4.30 pagi! Disebabkan sakit2 badan, aku tak byk menolong.. jadi mandor jer la. Uhhh.. penat sungguh. Esoknya, 30 May aku bangun pkl 12 tgh hari dan lps bersiap aku terus ke butik untuk make-up kan Mimie. Majlis Nikah bermula jam 3 ptg di Masjid Desa Petaling.

Aku tak dpt bersama mereka di masjid kerana byk urusan lain. Jadi tak dpt la ku ambil gambar2 disaat pernikahan.. Selepas selesai majlis di masjid, barulah aku berpeluang mengambil gambar Mimie di rumah dgn baju nikahnya.. yg maniknye ku jahit sendiri.. first time.. ehehehehe.. tapi tak nampak sgt ler dlm gambar sbb aku combinekan warna putih & silver.

Lebih kurang jam 6.15 ptg, majlis berinai diadakan untuk keluarga dan saudara mara terdekat kedua2 belah pihak. Diikuti dgn 4 psg baju persalinan. Masa ni la amat2 menduga kesabaran kami. Bilik persalinan yg dijanjikan.. mcm mmg setor , x de kipas, aircond jauh sekali, x de cermin utk aku mendandan rambut nye payah la.. sedey.. Tapi sbb kami ni semua COOL :) jadi habis ler juga dlm suasana yg tenang dan gembira.. sepupu Mimie, Niza Triways eheheh.. jadi 'PA' ku.. tu belum kira lagi sesedara dia yg tukang pegang cermin yg diimport dari rumah hehehe.. terima kasih semua.

Untuk majlis persandingan pada 31 May, Mimie disolekkan oleh kakak sepupunya. Baju biru dibuat khas untuk mereka berdua. Tak byk koleksi gambar pada hari persandingan kerana aku hanya sempat dtg dekat pkl 3 ptg selepas selesai menyolek Munirah di Jln Duta. Insyallah aku akan berpeluang lagi memake-up kan Mimie utk majlis bertandangnya pada 6 June nanti :)

>>>Visit my fotopages for more pictures http://sygzygs.fotopages.com<<<

Photobucket


Pn Mimirona..
Photobucket

Niza & Mimie..
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Baju fav Mimie..
Photobucket

Buat kenangan bersama Raja Sehari..
Photobucket

Pelamin di Dewan..
Photobucket

Photobucket

Di Hari Persandingan..
Photobucket

Photobucket

Majlis Bertandang, 6 June 09 di Melaka.

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Makeup by Ziana
~ Busana & Aksesori Butik Pengantin Lestari ~