Saturday, May 23, 2009

Menjelang Hari Bahagia...

Pasti minggu depan ramai yg bakal melangsungkan perkahwinan.. maklumlah, cuti sekolah. Ramai yg mengambil kesempatan membuat kenduri kendara. Bagi yg bakal menjadi Raja Sehari.. Selamat menempuh alam baru.. bahagia menanti & bertambah murah rezeki, insyaallah.
Aku nak berkongsi tips skit buat bakal2 pengantin.. harap sedikit sebanyak ia dpt membantu.. selamat membaca :)

Bila waktu yang sesuai utk buat facial?
Ia sebenarnya bergantung kepada anda.. sekiranya anda serasi dgn produk dan kerap 'berfacial'.. teruskan hinggalah kira2 seminggu sebelum majlis utk wajah lebih bersih & berseri.. tapi bagi yg tak pernah buat facial dan mahu mencuba, lakukan sekurang2 nya 3 bulan sebelum majlis, dikuatiri wajah anda tak serasi dgn produk, boleh menjadi lebih teruk.. kulit muka memerlukan masa utk pulih! Jgn sekali2 melakukan rawatan yg melibatkan pengelupasan kulit kerana foundation susah nak lekat kalau kulit dah licin mcm plastik!

Apa yg perlu dilakukan seminggu sebelum majlis?
Jangan panik! Ini bukan lagi masanya utk keluar membeli barang utk buat hantaran atau bunga telur.. seelok-eloknya lebihkan masa rehat dirumah sambil menghias bilik tidur.. kemas barang2 dan pakaian utk pergi berbulan madu atau pergi ke spa utk membelai tubuh.. lulur, massage.. itu lebih indah! jangan lupa call utk remind mak andam, photographer, abg deejay, caterer, tempah kek kawin. Ini bukan lagi masanya utk membuat kerja2 berat spt mengecat rumah/pagar (ehehe... ada tau!) elakkan terlalu penat sbb nnt bila badan lesu dan sakit2, muka x nampak berseri masa bersanding. Yg paling penting, periksa dokumen2 yg perlu utk proses pernikahan nnt.. kalau nikah di masjid, jgn lupa bawa IC/maykad anda ok!

"Hari ni aku nikah.. betul ke ni? Cam tak percaya jer?! Takut la.."
Itu kata2 biasa yg aku dgr dari mulut bakal pengantin perempuan masa tgh disiapkan sebelum nikah. Sebenarnya dia heppi.. ekekeke.. biasa la gemuruh.. kan ini hari yg ditunggu2.. best nye kan.. just enjoy the moment.. biasanya nikah di masjid suasana lebih tenang, kalau di rumah huru hara sikit, jadi pandai2 la mengawal keadaan & perasaan :).. jgn masa ni anda terjerit2 marahkan anak2 buah yg berlari2 keluar masuk didepan anda.. stay cool ok! Nnt ada plak org berbisik..pengantin mulut laser! Tak senonoh betul. Walaupun anda tgh gemuruh dan kelam kabut, minta tolong pada keluarga & saudara mara dgn lembut dan cara yg betul. Jgn ada yg terasa hati dgn anda dan tak muncul2 lagi sampai hari sanding!

Di Hari Persandingan...
Ini hari yg paling penting.. ingatkan jurumekap pkl bape anda bersanding, jadi dia boleh bajet pkl bape nak dtg & mula make up.. seelok2nya 2 jam sebelum bersanding. Jgn sampai jurumekap dah muncul, anda baru nak mandi, iron baju, makan, cari wayar extension utk pasang kipas, bla bla bla.. lps tu, bila lambat siap, semua org 'melaser'.. mak andam jugak yg disalahkan.. pedih..

Hari sanding biasanya 'panas'.. kalau boleh, tuan rumah tu hulur segelas air sirap sejuk utk pengantin & mak andam yg kering tekak. Tak semua mak andam yg sempat makan/minum sebelum dtg, ehehehe.. salah sendiri la juga..

Masa bersanding, pengantin jgn lupa senyum selalu.. ada yg mmg kedekut sgt nak senyum, makanya gambar jd lesu.. Hmm.. tetiba ku teringat.. masa bergambar tu, pengantin jangan la lupa ajak teman2 & saudara mara, keluarga terutamanya yg rapat dan byk membantu menjayakan majlis anda.. sbb kebiasaanya, org2 ni segan, hanya menunggu dijemput utk bergambar.. kalau anda buat2 'tak pandang' mereka, ada pula yg terasa hati nnt.. kalau boleh, minta deejay panggilkan org2 penting ini.. supaya nnt ada kenangan bersama mereka.. lovely..

Rasanya, itu saje yg dpt kukongsikan buat masa ni.. masanya utk kembali ke butik menyambung kerja yg perlu diselesaikan minggu ini.. kepada yg bakal naik pelamin.. selamat pengantin baru dan semoga bahagia selamanya..

Thursday, May 7, 2009

Perlu ke cukur bulu muka sblm make up?

Masa mula2 diminta make-up Maria, Ronald bg tahu aku untuk dtg bawa diri aje.. baju termasuk barang2 make up pakai dia punya.. aku x setuju, berkeras nak bawa brg2 make up sendiri.. otw ke hotel tempat pengantin ber'kampung', aku diberitahu oleh Roland, Maria tumbuh jerawat. Dia risau sgt. Bagi aku tu perkara biasa. Tapi lps aku melangkah masuk ke bilik hotel, terkejut sungguh bila lihat muka Maria.. tgk je la muka dia..bukan aje merah tapi dgn melecet sekali.. aku terdiam kejap berfikir step & brg make up apa yg aku perlu guna..
Aku ambil masa hampir 45 min utk buat base & ratakan foundation. Semuanya kena buat dgn perlahan & penuh hati2. Maria dah risau, mula pikir x nak bersanding!

Hampir 2 jam, selesai tugas aku. Roland dtg dan terkejut melihat hasilnya. Dia x percaya betul tgk muka Maria sebelum make up. Sbb katanya, minggu sebelumnya di Kelantan, muka Maria x mcm tu... uishhh.. mmg scary.

Masa make up, Maria beritahu aku yg mak andamnya dia Kelantan cukur satu muka.. lps tu dilihatnya mak andam tu pakai make up yg murah. Roland pun mencelah.. mmg betul. aku nak sound dia mmg make up kg pun x sampai hati, takut ko sedey. aku diam je ler.. ko dah nak nikah. ekeke.. Roland ketawa sambil Maria menjeling padanya.

Bagi aku kalau seseorang tak bersedia nak menjadi juru make-up pengantin, baik jgn, niaya org jer. Pengantin bukan medan percubaan. Sebaliknya practice la sebanyak mungkin, make up kakak, makcik, jiran atau kawan2 ker :) sampai betul2 confident, baru 'turun padang'.

Punca muka Maria jadi mcm tu bagi aku bukan sbb cukur semata2, tapi bila dah cukur & kulit nipis/luka, diambah plak produk2 make up yg kurang sesuai.. ini lah hasilnya.. berbaloikah?

Sekiranya mak andam offer cukur seluruh muka atas sbb make up akan lebih lekat, baik tolak dari 'seksa' kemudian.. lebih2 lagi kalau majlis anda bukan berakhir hari itu saje.. sbb perlu diingat x semua org mempunyai jenis kulit yg sama, kalau sensitif boleh menjadi lebih teruk.

~ sharing is caring ~

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket

Monday, May 4, 2009

Dalila & Azrel akhirnya bersatu pada 1 May 2009










Syukur.. akhirnya mereka selamat bersatu. Aku mmg respect dgn Dalila nih, sejak ku kenalinya masa make up tunang dulu sampai sekarang, hampir setahun la.. dia ni mmg simple org nye..lemah lembut tp tegas. Azrel pun 'sekepala'.. mereka mmg sepadan & nampak happy sgt.. u guys really cool!

Majlis pernikahan bermula jam 3 ptg, lps siapkan Dal, aku & eka membuang masa di Giant KJ sementara menunggu majlis selesai.. dekat 2 jam gak la kami kat sana.. sempat shopping lg. eheheh.. eka dpt jam tgn baru.. aku plak beli parfum utk kedai ku kat lovely lace.. sedap bau tuh.. selebihnya kami cuci mata jer.. jam 5 kami pegi balik ke rumah Dal.. aku terus tukarkan baju Jawa putih & Azrel juga sama putih.. hmm.. tak dpt ambil gambar sbb kameraku tertinggal dlm kete.. eka lapar.. sempat kami makan nasi ayam sebelum bergegas ke Sg Ramal..

Keesokan harinya, 2 May aku dtg lagi.. hari ni majlis persandingan Dal & Azrel. Sepanjang tugas ku menyiapkan Dal, suasana amat tenang.. segalanya berjalan sgt lancar & cuaca cukup baik hari tu. Lps menyiapkan Dal, aku terus ke Kompleks Tabung Haji utk touch up Azrel (hahah.. teringat aku masa Azrel kata pada photographer lps aku touch up.. 'Azrel bukan nama sebenar' terus kami ketawa.. dia tanya photographer, ko ambil tau gambar sebelum & slps.. ekekeke... lawak tul la..)

Balik semula ke malis Dal, sempat aku snap beberapa gambar utk koleksi ku... lps pengantin bersanding, aku pun terus pulang.. dlm hati gembira + sebak.. argh sentimental tul aku ni.. begitu la aku setiap kali melihat 2 sejoli di hari bahagia mereka... romantisnya..

Makeup by Ziana
~ Busana Persandingan & Aksesori Butik Pengantin Lestari ~

Majlis Pernikahan Anne - 1 May 2009






Majlis pernikahan dirancang bermula tepat jam 8 mlm. Dari Kelana Jaya, aku memecut ke Sg Ramal, Kajang dan sampai tepat jam 6.10 ptg, kali ni bertemankan studentku, eka. Tak de plak pic nye disini.. insyaallah one day aku post gambar anak dara ni :)

Mula menjejakkan kami ke laman rumahnya yg luas, ternganga kami tgk khemah scalop warna hitam putih?! Sambil menuju masuk di kiri kanan karpet merah, berdiri tiang lilin dihiasi bunga segar indah warna putih.. aduh.. mewahnya rasa..

Melangkah masuk ke rumah, terpegun kami melihat pelamin berdiri indah diliputi bunga2 segar.. tema hitam & putih tampak mewah & ekslusif. Pengantin kecil molek ni mmg boleh dikategorikan sbg 'perfectionist'.. lihat saje segala persiapan & cara nya mengatur majlis.. melihat gelagatnya teringat masa zamanku kawin dulu.. arghh .. mmg aku juga cerewet.. inikan hari penting dan semua mahukan yg terbaik! faham la tu..

Jadi mlm tu aku make up smokey eyes atas permintaan pengantin.. inilah hasilnya.. selesai tugasku tepat jam 8 mlm dan terus pulang sbb aku & eka kepenatan dan kehausan yg teramat..

Sunday, May 3, 2009

Azie & Najib - Dec 2008

Photobucket

20 Dec lebih kurang jam 5 ptg, aku memulakan tugas menatarias Azie utk majlis berinai n persalinannya. Pasangan yg happy jer.. sepanjang bersama dgn diorang, asyik ketawa.. lebih2 lagi tgk gelagat Najib yg tak habis2 puji isterinya slps dimakeupkan.. eceh.. wife mu mmg cute.. ekekeke.. nway mlm tu semuanya puas hati la n aku pulang dgn :)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Mula Meng'update' blogku..

Assalamualaikum buat saudara saudari yg sudi melawat blog ku ini n yg sedang membaca perihal 'Butik Pengantin Lestari.. sebenarnya blog ni dah hampir sebulan aku create.. ehem.. aku ke? ekceli rakan sekerja aku.. leong wil liam a.k.a willy yg tlg create kan & design banner aku tuh.. ehehehe.. nak harap aku? hah mmg tak de mase la. busy memanjang jer.. asyik x terupdate blog & fotopages. Azam aku mula bln Mei ni nak mengupdate blogku sekerap yg mungkin.. sbb ramai yg dah bisingkan (ekceli memberi galakan) tq tq.. :)

Sebelum aku upload gambar2 hasil kerja tanganku (byk nih).. suka nak kumaklumkan yg aku ni mmg x minat amik gambar sbb.. lps make up tu sibuk nak mengemas lagi etc dah rasa penat nak ambik, lps tu selalunya lps make up pengantinku akan terus disambar fotographer utk aksi2 manje jadi aku biarkan je la.. n aku terus cabut lari (balik la kan, apa nak buat lagi).. huhuhu.. kalau rajin dan berkesempatan aku snapla sket2, yg penting before & after make up.. tapi dgn kamera aku yg kurang canggih.. itu la hasilnya, no editing sori.. kalau nasib baik, fotographer bg la aku satu copy CD, tapi paham2 je la.. dah berbulan baru dpt... uhuks..

Jgn salah anggap.. Blog ini bukan utk 'bisnes' semata2.. tapi aku jadikan ia lebih kepada diari aku sendiri. Nak kuselitkan kenangan2 aku dgn 'baby bisnes' aku ni sambil berkongsi nasihat buat bakal2 pengantin semoga mudah2 an aku dapat membantu mereka yg memerlukan. Oleh kerana itu aku tubuhkan butik comel ku ini.. bukan niat utk berniaga tapi sekadar hobi yg mendatangkan $$$..
(org lain yg kata bila aku ckp bisnes ni utk suka2 jer. ahaks) tapi aku serius la buat benda ni sbb aku suka tgk org lain happy & cantik di hari bahagia mereka. yg penting dpt membantu mereka dari segi $$.. kalau nak budget cari Butik Pengantin Lestari kay!