Sunday, May 3, 2009

Mula Meng'update' blogku..

Assalamualaikum buat saudara saudari yg sudi melawat blog ku ini n yg sedang membaca perihal 'Butik Pengantin Lestari.. sebenarnya blog ni dah hampir sebulan aku create.. ehem.. aku ke? ekceli rakan sekerja aku.. leong wil liam a.k.a willy yg tlg create kan & design banner aku tuh.. ehehehe.. nak harap aku? hah mmg tak de mase la. busy memanjang jer.. asyik x terupdate blog & fotopages. Azam aku mula bln Mei ni nak mengupdate blogku sekerap yg mungkin.. sbb ramai yg dah bisingkan (ekceli memberi galakan) tq tq.. :)

Sebelum aku upload gambar2 hasil kerja tanganku (byk nih).. suka nak kumaklumkan yg aku ni mmg x minat amik gambar sbb.. lps make up tu sibuk nak mengemas lagi etc dah rasa penat nak ambik, lps tu selalunya lps make up pengantinku akan terus disambar fotographer utk aksi2 manje jadi aku biarkan je la.. n aku terus cabut lari (balik la kan, apa nak buat lagi).. huhuhu.. kalau rajin dan berkesempatan aku snapla sket2, yg penting before & after make up.. tapi dgn kamera aku yg kurang canggih.. itu la hasilnya, no editing sori.. kalau nasib baik, fotographer bg la aku satu copy CD, tapi paham2 je la.. dah berbulan baru dpt... uhuks..

Jgn salah anggap.. Blog ini bukan utk 'bisnes' semata2.. tapi aku jadikan ia lebih kepada diari aku sendiri. Nak kuselitkan kenangan2 aku dgn 'baby bisnes' aku ni sambil berkongsi nasihat buat bakal2 pengantin semoga mudah2 an aku dapat membantu mereka yg memerlukan. Oleh kerana itu aku tubuhkan butik comel ku ini.. bukan niat utk berniaga tapi sekadar hobi yg mendatangkan $$$..
(org lain yg kata bila aku ckp bisnes ni utk suka2 jer. ahaks) tapi aku serius la buat benda ni sbb aku suka tgk org lain happy & cantik di hari bahagia mereka. yg penting dpt membantu mereka dari segi $$.. kalau nak budget cari Butik Pengantin Lestari kay!

No comments:

Post a Comment