Thursday, July 2, 2009

Mimi @ Beranang 27 June 09

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pkl 8.30 pg lagi aku dah sampai di rumah pengantin, awal aku keluar sampai tak sempat nak mengalas perut. Tapi syukurlah sbb dijamu dgn sarapan pagi sejurus sampai.. byk juga kuih muih, tapi yg paling sedap cucur badaknya dgn nasi goreng kampung. Sodap! Itu la meriahnya majlis di kampung.. sambil makan tgk org kg bergotong royong memasak.. sesekali buat job luar KL best gak.. Majlis nikah yg sepatutnya bermula pkl 10.30 pagi jadi pkl 12.30 tgh hari.. Aku & photographer risau betul pengantin lelaki tak sampai2, tapi pengantin perempuan cool jer. Sambil menunggu, kami lepak di khemah dan menjadi penonton dan tukang sorak pada org yg tgh berkaraoke.. hehehe..

Pkl 1.30 baru selesai upacara pernikahan. Aku terus sambar pengantin masuk bilik untuk bersiap. Pkl 2.15 pengantin berarak mengikut adat org Negeri Sembilan. Sebenarnya hari tu aku tak berapa sihat jadi tak la meriah sgt gambarnya.. insyallah, akan ku'upload' gambar2 persandingan Mimi ni sebaik sahaja dpt dari photographer.

No comments:

Post a Comment