Wednesday, May 18, 2011

Kembali sibuk selepas sebulan bercuti...

Assalamualaikum...

Lamanya tak meng 'update' blog dgn hasil2 kerja dan promosi2 terbaru dari Butik Lestari.. Sepanjang bulan Mac saya sangat sibuk dengan urusan kerja kahwin dan suami pula sibuk mengambil gambar dan berusaha menyiapkan album2 pengantin secepat yang mungkin sebelum kami bercuti panjang.. langsung tiada masa untuk menjenguk blog apatah lagi untuk mengemaskininya...

1 April kami terbang ke UK untuk bercuti.. cuba melupakan kerja2 yg ditinggalkan di butik tapi kadangkala terganggu juga 'mood holiday' bila memikirkan urusan butik yang ditinggalkan pada staff lebih2 lagi baju pengantin yg sedang dijahit tailor :D alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar. balik dari UK pada 28 April terus sibuk dengan urusan majlis perkahwinan Liyana & Salwa pada 1 May.. nasib baik tak jetlag..

Walaupun bercuti hampir sebulan disana, masih juga membalas pertanyaan2 yg diterima melalui FB, Email & YM.. tapi rasanya hanya 80% sahaja yg sempat dibalas.. saya mohon maaf sekiranya ada pertanyaan yg belum dijawab. Jika masih ada sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya di 016-3016667 atau email ziana_sygzygs@yahoo.com

Kebelakangan ini kami menerima banyak respond mengenai pakej lengkap yang ditawarkan. Insyaallah saya akan update promosi terbaru secepat yang mungkin. Ada juga yg meminta kami upload koleksi busana2. Saya mencadangkan pelanggan berkunjung terus ke butik untuk melihat koleksi2 busana yang tersedia. Kami juga turut menerima tempahan baju baru.

Untuk makluman semua pelanggan, butik beroperasi setiap hari Selasa - Ahad dan tutup pada hari Isnin. Temunjanji adalah sangat digalakkan terutama sekali pada hari Sabtu & Ahad.

Terima Kasih! :)

Salam Syg,
Ziana

No comments:

Post a Comment