Tuesday, January 19, 2010

Gubahan Hantaran buat Majlis Pertunangan Asha & Sarah ~ 1 Jan 2010

:: Gubahan oleh Team Lestari ::

Sirih Junjung ~ Fresh Flower
Photobucket

Bekas Cincin Tunang
Photobucket

Kasut
Photobucket

Kain & Tudung
Photobucket

Tuala
Photobucket

Buah-buahan
Photobucket

Tahniah Asha & Sarah!!

Kami buat gubahan yg paling simple, kukuh dan 'mudah dibawa' utk Asha, idea asalnya lagi la meriah, tapi memandangkan nak bawa hantaran dari KL - Seremban - Melaka, takut pula rebah sebelum majlis.. ahaks.. tu pun sirih junjung letak kat tempat kaki sebelah pemandu.. dah dipesan bawa org tolong pegangkan, alih2 dia dtg sorang gak.. nasib selamat.. tak leh bayangkan camne Asha bawa kete dari KL ke Seremban.. 40km/j kot.. ahahaha..

Semuanya 7 dulang hantaran utk pihak perempuan, cuma kek tak de dlm gambar sbb Asha beli sendiri kek hantarannya.. kami cuma sediakan dulang dan bunga hiasan.. Buahnya kami belikan.. terpaksa la dibungkus dlm kain net utk elakkan buah tergolek2 dan hilang rupa sebenar.. hehehe..

Info:
Gubahan Hantaran biasanya mengambil masa dlm 2 minggu utk disiapkan, mengambil kira kesibukan menguruskan hal2 lain dibutik :)
Tempahan haruslah dibuat sekurang2nya 3 minggu dari tarikh majlis.

Ramai yg bertanya tentang kos utk gubahan hantaran, sebenarnya kami suka bertanya berapa bajet yg ditetapkan oleh pelanggan, ini kerana setiap gubahan itu adalah ekslusif dan tidak akan sama seperti yg sebelumnya.. ini kerana harga utk jenis bunga dulang dan hiasan2 lain adalah berbeza dan selalunya dibeli dari kedai2 yg berlainan juga.. pendek kata, kena masuk hampir semua kedai & survey terlebih dahulu utk mendapatkan bahan tercantik dan mengikut bajet yg ditetapkan..

Namun, kos keseluruhan gubahan adalah bergantung kepada barang2 hiasan, sewa alas & dulang hantaran serta upah. Untuk tempahan, pastikan barang2 hantaran sudah siap dibeli dan tetapkan warna tema & konsep yg diinginkan =)

No comments:

Post a Comment