Saturday, May 23, 2009

Menjelang Hari Bahagia...

Pasti minggu depan ramai yg bakal melangsungkan perkahwinan.. maklumlah, cuti sekolah. Ramai yg mengambil kesempatan membuat kenduri kendara. Bagi yg bakal menjadi Raja Sehari.. Selamat menempuh alam baru.. bahagia menanti & bertambah murah rezeki, insyaallah.
Aku nak berkongsi tips skit buat bakal2 pengantin.. harap sedikit sebanyak ia dpt membantu.. selamat membaca :)

Bila waktu yang sesuai utk buat facial?
Ia sebenarnya bergantung kepada anda.. sekiranya anda serasi dgn produk dan kerap 'berfacial'.. teruskan hinggalah kira2 seminggu sebelum majlis utk wajah lebih bersih & berseri.. tapi bagi yg tak pernah buat facial dan mahu mencuba, lakukan sekurang2 nya 3 bulan sebelum majlis, dikuatiri wajah anda tak serasi dgn produk, boleh menjadi lebih teruk.. kulit muka memerlukan masa utk pulih! Jgn sekali2 melakukan rawatan yg melibatkan pengelupasan kulit kerana foundation susah nak lekat kalau kulit dah licin mcm plastik!

Apa yg perlu dilakukan seminggu sebelum majlis?
Jangan panik! Ini bukan lagi masanya utk keluar membeli barang utk buat hantaran atau bunga telur.. seelok-eloknya lebihkan masa rehat dirumah sambil menghias bilik tidur.. kemas barang2 dan pakaian utk pergi berbulan madu atau pergi ke spa utk membelai tubuh.. lulur, massage.. itu lebih indah! jangan lupa call utk remind mak andam, photographer, abg deejay, caterer, tempah kek kawin. Ini bukan lagi masanya utk membuat kerja2 berat spt mengecat rumah/pagar (ehehe... ada tau!) elakkan terlalu penat sbb nnt bila badan lesu dan sakit2, muka x nampak berseri masa bersanding. Yg paling penting, periksa dokumen2 yg perlu utk proses pernikahan nnt.. kalau nikah di masjid, jgn lupa bawa IC/maykad anda ok!

"Hari ni aku nikah.. betul ke ni? Cam tak percaya jer?! Takut la.."
Itu kata2 biasa yg aku dgr dari mulut bakal pengantin perempuan masa tgh disiapkan sebelum nikah. Sebenarnya dia heppi.. ekekeke.. biasa la gemuruh.. kan ini hari yg ditunggu2.. best nye kan.. just enjoy the moment.. biasanya nikah di masjid suasana lebih tenang, kalau di rumah huru hara sikit, jadi pandai2 la mengawal keadaan & perasaan :).. jgn masa ni anda terjerit2 marahkan anak2 buah yg berlari2 keluar masuk didepan anda.. stay cool ok! Nnt ada plak org berbisik..pengantin mulut laser! Tak senonoh betul. Walaupun anda tgh gemuruh dan kelam kabut, minta tolong pada keluarga & saudara mara dgn lembut dan cara yg betul. Jgn ada yg terasa hati dgn anda dan tak muncul2 lagi sampai hari sanding!

Di Hari Persandingan...
Ini hari yg paling penting.. ingatkan jurumekap pkl bape anda bersanding, jadi dia boleh bajet pkl bape nak dtg & mula make up.. seelok2nya 2 jam sebelum bersanding. Jgn sampai jurumekap dah muncul, anda baru nak mandi, iron baju, makan, cari wayar extension utk pasang kipas, bla bla bla.. lps tu, bila lambat siap, semua org 'melaser'.. mak andam jugak yg disalahkan.. pedih..

Hari sanding biasanya 'panas'.. kalau boleh, tuan rumah tu hulur segelas air sirap sejuk utk pengantin & mak andam yg kering tekak. Tak semua mak andam yg sempat makan/minum sebelum dtg, ehehehe.. salah sendiri la juga..

Masa bersanding, pengantin jgn lupa senyum selalu.. ada yg mmg kedekut sgt nak senyum, makanya gambar jd lesu.. Hmm.. tetiba ku teringat.. masa bergambar tu, pengantin jangan la lupa ajak teman2 & saudara mara, keluarga terutamanya yg rapat dan byk membantu menjayakan majlis anda.. sbb kebiasaanya, org2 ni segan, hanya menunggu dijemput utk bergambar.. kalau anda buat2 'tak pandang' mereka, ada pula yg terasa hati nnt.. kalau boleh, minta deejay panggilkan org2 penting ini.. supaya nnt ada kenangan bersama mereka.. lovely..

Rasanya, itu saje yg dpt kukongsikan buat masa ni.. masanya utk kembali ke butik menyambung kerja yg perlu diselesaikan minggu ini.. kepada yg bakal naik pelamin.. selamat pengantin baru dan semoga bahagia selamanya..

No comments:

Post a Comment